• Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
JA slide show

Maklumat Terkini

Apakah Itu LauricoTM Minyak Kelapa Dara?

LauricoTM mengandungi minyak kelapa dara asli yang dihasilkan secara bio-teknologi di dalam persekitaran yang terkawal untuk menjamin ketulenannya dan merupakan minyak yang sangat berkhasiat. Komponen utama ialah asid laurik (49%-54%) yang boleh didapati di dalam susu ibu.

 

Baca lagi...
 
Utama
Advertisement
Resepi Ikan Ketutu Masak Stim PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Miey Ahmad   
Isnin, 21 April 2008

Pada hari Sabtu 19 April, saya dan j bawa anak dan adik saya ke Serting Negeri Sembilan. Bercuti sambil test power bubu yang baru dibeli. Semangat Ikan Ketutu lak dia lepas kursus Smile.

Alhamdulillah rezeki, dapatlah ketutu yang beratnya 1.05kg dan 1kg. Yang kecik kami masuk dalam kolam. Ikan dah dapat,  apa lagi kami cuba resipi adik saya (Pokya) ikan ketutu masak stim. Fuh sodap. Saya cadangkan dekat member semua try resepi ni. Memang sedap. Sesekali masak untuk suami dekat rumah apa salahnya kan. Air tangan isteri penambat hati suami. Bertambah tambah sayangnya pada kita, InsyaAllah.

Resepi ikan ketutu masak stim:

  1.  Ikan ketutu
  2.  3 Biji Tomato
  3.  1/3 Biji Nenas di potong labu
  4. 3 keping - Asam Keping
  5. Serbuk Lada Hitam
  6. 4 Batang Serai - di Titik
  7. 4 Sudu Besar Sos Tiram
  8. Bawang Besar di potong dadu
  9. 1/2 inchi Halia
  10. 4 Helai Daun Limau Purut
  11. 10 Biji Cili Api (bergantung siapa yang suka pedas)
  12. 2 Cawan Air
  13. Garam dan gula secukup rasa

Cara Masak:

Masukkan semua bahan kecuali ikan dalam kuali. 5 minit kemudian masukkan ikan dalam kuali - tutup dan biarkan sehingga 30 minit.  Dah siap untuk hidangan sekeluarga di waktu cuti hujung minggu.

Semalam makan besar la kami sekeluarga.  Maklumlah ikan ni kalau dekat pasar 1kg RM55 - RM85 sekilo. 2 ekor semalam dah lebih kurang RM160. Kalau siap masak tu di restoran ada la RM250 kot..Wink

 

Nak cari ikan ketutu?

 Boleh cuba di sini: ikan ketutu

Selamat mencuba ya! 

 

 

Terakhir dikemaskini ( Selasa, 22 April 2008 )
 

Laporan Eksklusif

Percuma "RAHSIA BERSALIN MUDAH"
Nama Anda
Alamat Email