• Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
JA slide show

Maklumat Terkini

 Staminex

Kategori:       Homeopati
Isi:     45 Biji
Tempoh Penggunaan:     Bergantung kepada kekerapan mengambilnya.


Kesesuaian:
Istimewa buat ahli sukan dan mereka yang kuat bekerja. Malah amat baik digunakan oleh ibu hamil untuk memberi tenaga dan menghilangkan lenguh badan serta lesu.

Baca lagi...
 
Utama arrow Informasi arrow Semasa arrow Perkara Yang Perlu Dielakkan
Advertisement
Perkara Yang Perlu Dielakkan PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Miey Ahmad   
Isnin, 09 Ogos 2004

Perkara yang perlu dielakkan sepanjang kehamilan: 

Penjagaan sepanjang awal kehamilan sehingga hari kelahiran yang ditunggu-tunggu adalah sangat penting bagi menjamin tahap kesihatan ibu dan bayi dalam keadaan sihat dan selamat. Jadi banyak perkara yang bakal ibu terutamanya perlu tahu perkara-perkara yang patut dan perlu dielakkan.

Diantara perkara yang perlu dielak mengambilnya ketika hamil...

  1. Aspirin - akan menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit, mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi.

  2. Alkohol - meracun sel-sel di dalam tubuh janin yang sedang membesar.

  3. Litium - ubat yang berkesan untuk merawat masalah mood yang tidak menentu dan boleh menjejaskan perkembangan jantung bayi.

  4. Vitamin A - jika pengambilannya berlebihan melebihi 8000 IU sehari, risiko untuk bayi mendapat keabnormalan urinari dan trak genital semakin meningkat.

  5. Tetrasaiklin - sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan dada, faraj dan ubat jerawat. Jika diambil pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya berwarna kuning.

  6. Ubat penahan sakit - boleh menyebabkan penguncupan salur darah penting di jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan.

  7. Rokok - asap rokok bukan sahaja mengandungi nikotindan tar, tetapi juga karbon monoksida, ammonium, racun sianida dan campuran bahan kimia lain yang menjadi penyebab barah. Ia menganggu pengaliran oksigen kepada janin, janin cenderung lahir tidak cukup bulan, kecil, dan ringan, mudah keguguran, bayi cacat atau mati sebaik dilahirkan.

  8. Hentikan kegiatan lasak - seperti bermain tenis, menunggang kuda atau kerja yang memerlukan anda berdiri sepanjang masa.

  9. Minuman tertentu - kurangkan pengambilan minuman bergas, berkafeina, teh herba kerana dikhuatiri boleh mengancam bayi dalam kandungan.

  10. Makanan - makanan yang dipanaskan semula dikhuatiri mengandungi bakteria dan tidak baik untuk kesihatan. Makanan dalam tin biasanya tinggi kandungan gula, garam, perisa, lemak, bahan awet dan penawar tiruan. Gula boleh menambahkan berat badan.

  11. X-Ray - ibu hamil tidak digalakkan mendapat rawatan secara x-ray sepanjang tempoh kehamilan.

 

Terakhir dikemaskini ( Sabtu, 22 Mac 2008 )
 
< Prev   Seterusnya >

eKedai


List All Products


Advanced Search
Show Cart
Your Cart is currently empty.