• Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
JA slide show

Maklumat Terkini

Aura Seri 

Revolusi Kecantikan Dalaman Melalui Teknik Pencerahan Aura Menggunakan "Energy Aromatherapy Science" Pertama seumpanya.

Baca lagi...
 
Utama
Advertisement
Komplikasi Ketika Bersalin PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Miey Ahmad   
Rabu, 23 April 2008
Untuk ibu ibu yang bakal melahirkan anak yang ke dua atau seterusnya tentu proses bersalin yang bakal dilalui tidak begitu “menakutkan” atau pun “merisaukan”.  Jika anda bakal melahirkan anak yang pertama, sudah tentu anda berdebar debar bagaimana untuk melalui detik detik masa melahirkan anak nanti. Bagaimanapun, persiapan dan persediaan yang rapi sedikit sebanyak amat membantu dalam membina keyakinan dan keberanian untuk menghadapi masa bersalin.

Terdapat beberapa komplikasi yang mungkin dan boleh berlaku semasa proses melahirkan anak, iaitu:

Episiotomy

Episiotomy melibatkan pemotongan kecil pada otot luar vagina. Ini bagi memudahkan proses bayi keluar. Pemotongan juga akan dibuat jika bayi terlalu besar, lahir awal ataupun jika forsep atau pengekstrakan vakum terpaksa di buat.

Forseps dan Ventouse



Jika forsep atau pengekstrakan vakum (ventouse) terpaksa digunakan, satu potongan kecil akan dibuat pada otot luar vagina. Kemudian, alat forseps akan digunakan bagi merangkup kepala bayi dan menariknya keluar. Ventouse pula menggunakan alat sedutan berupa “topi” yang akan diletakkan di atas kepala bayi. Doktor kemudiannya akan menarik bayi perlahan lahan setiap kali anda meneran sehinggalah bayi dilahirkan.

Kelahiran Caesarean

Kelahiran caesarean hanya dilakukan sebagai pembedahan kecemasan jika bayi lemas atau jika terdapat komplikasi dan perlu dilahirkan segera. Bayi akan dilahirkan melalui pembedahan dan menggunakan anestesia.

Kelahiran Songsang



Bayi songsang adalah posisi di mana punggung atau kaki bayi keluar dahulu. Kebiasaannya satu pertiga daripada bayi yang dilahirkan berada di dalam keadaan songsang sehinggalah memasuki minggu ke 34 apabila mereka mula ‘turun’.

Nah, sekarang apakah kaedah anda hendak bersalin? Bulan ke 8 dan 9 amat penting untuk anda datang berjumpa Dr. tanpa ponteng. Ini bertujuan untuk anda dan Dr memantau perkembangan bayi di dalam kandungan dan “mengesan” potensi kaedah bersalin yang sesuai. Jika semuanya ok, maksudnya, anda ok, kandungan ok, pemilihan pusat bersalin pun ok, maka anda boleh bersedia untuk bersalin secara normal.

Saya sendiri semasa melahirkan anak ke dua (selepas ada pengalaman anak pertama) bertanya dengan Dr .Pakar yang memantau saya tentang % untuk bersalin normal atau tidak. Dan menurut Dr. tersebut, more than 75% saya boleh bersalin biasa @ normal. Informasi Dr. Pakar yang boleh dikira tepat (berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan kepakaran beliau) akan membantu kita dalam menyiapkan diri dari segi kewangannya, mentalnya, dan fizikalnya.

Sehingga saya sambung pada lain masa, salam ceria selalu dan selamat bersalin!:-)

Terakhir dikemaskini ( Ahad, 27 April 2008 )
 
< Prev   Seterusnya >

Laporan Eksklusif

Percuma "RAHSIA BERSALIN MUDAH"
Nama Anda
Alamat Email

Log Masuk






Hilang Kata laluan?
Tiada akaun lagi? Daftar

Syndicate

Statistik

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini599
mod_vvisit_counterSemalam455
mod_vvisit_counterMinggu Ini599
mod_vvisit_counterBulan Ini2230
mod_vvisit_counterKeseluruhan110947

Dalam Talian

Kami ada 10 tetamu online

eKedai


List All Products


Advanced Search
Show Cart
Your Cart is currently empty.

Produk Terlaris

Cracked Heel Cream
Cracked Heel Cream
RM25.00
Add to Cart

Set Lengkap Salindah
Set Lengkap Salindah
RM370.00
RM360.00
You Save: RM10.00
Add to Cart

Asmakur
Asmakur
RM30.00
Add to Cart

Set Salindah Sebelum Bersalin
Set Salindah Sebelum Bersalin
RM224.00
Add to Cart

Aura Seri
Aura Seri
RM68.00
Add to Cart