




|
Salindah sebagai Rencana Pemakanan Kesihatan dan Rawatan Ibu Hamil dari awal kehamilan sehingga habis pantang. Ibu Ibu hamil yang bijak memilih Salindah sebagai pemakanan dan rawatan sepanjang tempoh hamil hingga habis pantang. Dengan kebaikan rumusan Homeopati, Biokimia dan Herbalisme yang istimewa ini, zaman kehamilan kini bukan lagi suatu kebimbangan malah lebih indah dan menyeronokkan. Ianya membantu ibu ibu melahirkan si manja dengan lebih mudah. |
|
| Baca lagi... |
Informasi
Kehamilan Dan Kelahiran
Kaedah Bersalin
| Kaedah Bersalin |
|
|
|
| Ditulis oleh Miey Ahmad | |
| Selasa, 13 Mei 2008 | |
|
1. Kelahiran normal Kaedah ini merupakan kaedah yang paling diinginkan oleh setiap ibu. Saat inilah pelbagai pengalaman yang menegangkan,menyakitkan bahkan membahagiakan. Biasanya doktor akan menggunakan kaedah Episiotomy melibatkan pemotongan kecil pada otot luar vagina. Ini bagi memudahkan proses bayi keluar. 2. Kelahiran cara forsep
3. Kelahiran cara vakum
Kelebihannya berbanding forseps adalah ia dapat digunakan dalam kes-kes di mana kedudukan kepala bayi tidak berada dalam kedudukan optimu; iaitu kepala bayi dalam keadaan OT (senget ke tepi) atau OP (muka ke atas). Ia biasanya tidak menyebabkan luka pada vagina ibu sekiranya dilakukan dengan berhati-hati. Antara komplikasi menggunkan vakum adalah apabila kepala bayi agak tiggi dan ibu tidak dapat membantu meneran dengan baik. Pendarahan mungkin terjadi di bahadian bawah kulit kepala bayi. Doktor kanak-kanak akan dipanggil bagi menilai keadaan bayi. Kepala bayi akan kelihatan lonjong sedikit selepas lahir dan akan hilang dalam masa seminggu. 4. Kelahiran pembedahan caesarean
Kaedah pembedahan caesarean untuk mengeluarkan bayi boleh dilakukan melalui anestetik menyeluruh atau anestetik lokal. Biasanya kaedah yang lazim diguna ialah anestetik lokal iaitu kaedah spinal anesthesia (kaedah bius daripada pingang ke bawah). Pembedahan caesarean ini selamat kerana adanya pembiusan lokal bersama antibiotik. Dalam kaedah pembedahan ini, incision atau torehan dilakukan pada bahagian panty-line atau bahagaian ari-ari. Selapis demi selapis lapisan abdomen dibuka sehingga sampai ke ruang abdomen. Ada 6 bahagian lapisan abdomen yang dibuka sebelum sampai ke rahim. Dan apabila sampai ke rahim, torehan akan dilakukan pada segmen bawah dan bayi akan dikeluarkan. Selepas itu setiap lapisan abdomen yang dibuka tadi akan dijahit semula dengan kemas. Apabila semuanya selesai, biasanya lukanya akan sembuh dalam masa 2 minggu sehingga 1 bulan. Dan biasanya dalam tempoh 2 bulan ibu sudah boleh beraktiviti harian tanpa masalah. |
|
| Terakhir dikemaskini ( Selasa, 13 Mei 2008 ) |
| < Prev | Seterusnya > |
|---|
| Percuma "RAHSIA BERSALIN MUDAH" |