




|
Kategori: Homeopati |
|
| Baca lagi... |
| Some Things Only Happen Once In A Lifetime |
|
|
|
| Ditulis oleh GlaxoSmithKline | |
| Jumaat, 25 April 2008 | |
|
Cacar Air @ Chickenpox
Mereka yang berisiko Selagi anda tidak mempunyai immuniti terhadap virus in, anda mempunyai risiko terhadap jangkitan virus cacar ini. Kajian telah dijalankan di Malaysia menunjukkan lebih daripada 51.6% penduduk Malaysia berumur di bawah 20 tahun tidak mempunyai immunisasi terhadap penyakit "cacar air" di kalangan remaja dan orang dewasa di mana penyakit ini sering menyebabkan komplikasi yang lebih memudaratkan. Ini akan berlaku dalam 1 hingga 3 minggu bergantung kepada penyakit. Adakah cacar air sesuatu penyakit yang tidak merbahaya? Cacar air adalah sejenis penyakit yang tidak serius. Walau bagaimana pun, cacar air ini boleh memberi kesan @ jangkitan di otak, radang paru-paru dan parut di permukaan kulit. Dalam keadaan yang luar biasa, ia boleh menyebabkan kematian. Adakah pengambilan vaksin terhadap cacar air lebih baik? Apabila anda mengalami cacar air, virus ini akan tinggal kekal di dalam badan selepas anda sudah sembuh. Beberapa tahun kemudia, virus ini boleh aktif semula dan akan mengakibatkan kayap. Kayap adalah serius dan sakit. Vaksinasi akan mengurangkan peluang untuk mendapat kayap. Penyakit cacar air adalah sangat merbahaya terutama bagi wanita hamil. Ia boleh menyebabkan risiko jangkitan penyakit ini terhadap bayi di dalam kandungan ibu dan juga bayi yang baru lahir. Simptom
Simptom biasanya dialami 24 hingga 36 jam sebelum ruam kulit kemerah-merahan timbul. Bergantung kepada individu, ruam ini mungkin mengakibatkan rasa sakit dan kegatalan yang sedikit sehingga ke tahap yang serius. Ruam akan kelihatan dengan ketara pada kulit kepala, muka, dada, belakang badan dan abdomen. Keruping dari cacar ini akan tertanggal apabila kering. Ini akan berlaku dalam 1 hingga 3 minggu bergantung kepada peringkat penyakit. Apakah keberkesanan vaksin? Hasil dari ujikaji klinikal didapati bahawa vaksin ini mampu melindungi 90% - 100% kanak-kanak. Walaubagaimanapun, jangkitan akibat terdedah kepada virus jenis liar (wabak) terjadi pada beberapa orang yang telah menjalani ummunisasi mengakibat sakit yang sedikit (lebih kurang 20 cacar secara purata, dengan tidak mengalami demam). Saya tidak ingat bahawa saya berpenyakit cacar air atau tidak? Patutkah saya mendapat vaksin? Sesiapa sahaja boleh mendapatkan pelalian asalkan berumur 12 bulan ke atas dan tidak pernah terdedah kepada jangkitan sebelum ini. Adakah pelalian tambahan diperlukan? Satu suntikan vaksin memadai bagi kanak-kanak di bawah usia 12 tahun. Walaubagaimana pun , pelalian tambahan disyorkan diberi bagi kes-kes tertentu. Dua dos berjadual perlu diberikan kepada mereka yang berumur 12 tahun ke atas.
A public health education service brought to you by:
![]() |
|
| Terakhir dikemaskini ( Selasa, 20 Mei 2008 ) |
| < Prev | Seterusnya > |
|---|
| Percuma "RAHSIA BERSALIN MUDAH" |