• Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
JA slide show

Maklumat Terkini

Examo-CKM 500
Formula Istimewa Dr. Azizan
      
      
Kategori:     Biokimia
Isi:     450 Biji
Tempoh Penggunaan:     3 Bulan hingga 1 Tahun
Kesesuaian:     Semua peringkat dari bayi hingga orang dewasa

Baca lagi...
 
Advertisement
Pilih Pasangan PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Miey Ahmad   
Jumaat, 01 September 2006

Pentingnya Memilih Pasangan

Setiap orang inginkan pasangannya yang baik dan jujur serta ikhlas menerima kita seadanya. Menerima buruknya kita dan boleh bantu bentuk dan bimbing ke arah yang lebih baik di dunia hinggalah akhirat.  Zaman sekarang ini adalah zaman yang penuh cabaran bagi wanita mahupun lelaki untuk mencari dan memilih calon hidup. Sedar atau tidak sedar kini pergaulan bebas telah menular di kalangan golongan muda mudi dalam masyarakat kita. Malah isu yang ditakuti ini telahpun sebenarnya merebak sehingga ke peringkat  kanak-kanak bawah umur.

 Taip sahaja budak sekolah di google search maka akan keluar no 1  "aksi jijik budak sekolah". Sebagai sebahagian masyarakat, apakah kita sanggup punyai salah seorang ahli keluarga tergolong dalam golongan ini. Sudah pasti TIDAK dan minta Allah swt jauhkan semua ini.

Rentetan itu, maka untuk setiap pasangan yang ingin berkahwin, kenalilah pasangan anda terlebih dahulu. Kerisauan terhadap gejala tidak sihat  ini menyebabkan wujud saranan untuk pasangan yang bakal berkahwin melakukan pemeriksaan kesihatan melalui ujian darah untuk menentukan taraf kesihatan sebenarnya.

Menurut Dr Ikmal dalam artikelnya menegaskan,  ada beberapa persoalan yang perlu kita tanya pada diri sebelum memilih seseorang sebagai pasangan hidup.Islam menegaskan pilihan hendaklah berasaskan kepada yang kuat berpegang kepada agama dan berakhlak mulia serta mempastikan samada sudah dipinang atau belum dan berbagai-bagai lagi. Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

“Janganlah kamu kahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, kerana boleh jadi mereka akan merugikan. Dan jangan kerana hartanya, kerana boleh jadi mereka akan mendurhakai. tetapi kahwinlah kerana agamanya. Sesungguhnya seorang budak perempuan hitam yang pecah hidungnya tapi beragama adalah lebih baik.” 

Baginda bersabda lagi yang maksudnya:

“Barangsiapa berkahwin akan perempuan kerana hartanya dan elok rupanya nescaya diharamkan akan hartanya dan elok rupanya yakni ditegahkan akan hartanya dan eloknya, dan barangsiapa yang berkahwin akan dia kerana agamanya nescaya diberi rezeki oleh Allah swt akan dia akan hartanya dan eloknya.”

Apakah ciri-ciri seorang wanita yang baik maruah dan akhlaknya?

  1.  Berakhlak dengan Allah seperti tekun dan bersungguh-sungguh beribadah. Sabar dalam menempuh kesusahan (ujian) daripada Allah dan dalam mengerjakan perintah-perintahnya, sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah, tenang dalam menerima ketentuan Allah serta banyak mengingati Allah swt.
  2.  Tumpuan hatinya ialah untuk memperbaiki akhlak,mengurus rumahtangga dengan baik, memelihara ibadah dan menjaga hubungan dengan manusia.
  3. Berakhlak dengan ibubapa, memuliakan mereka serta membantu dan menyenangkan mereka. Sentiasa berusaha mengajak keluarga kepada kebaikan dan keredhaan Allah swt.
  4. Baik pergaulannya sesama rakan, jiran dan masyarakat sekeliling. Tidak mengganggu dan menyakiti mereka, malah membantu dan memudahkan mereka dengan apa cara yang termampu.
  5. Mentaati suaminya, redha dengan pemberian suami,melayan suami dengan baik, bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakan, menjaga aurat atau kehormatan diri dan memelihara maruah suami.

 

Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 02 Mei 2008 )
 
< Prev   Seterusnya >

eKedai


List All Products


Advanced Search
Show Cart
Your Cart is currently empty.