




|
Examo-CKM 500 |
|
| Baca lagi... |
| Merancang Jantina |
|
|
|
| Ditulis oleh Miey Ahmad | |
| Selasa, 22 April 2008 | |
|
Merancang jantina bakal anak perempuan atau lelaki Merancang jantina anak pun kadang-kadang menjadi konflik kepada ibu bapa. Ada yang mahukan lelaki dan ada pula yang mahukan perempuan atas sebab dan alasannya yang tersendiri. Ramai antara psangan yang bertanya di Mengandung.com ini menyimpan hasrat untuk miliki pasangan anak lelaki dan perempuan. Sekiranya dah punya anak lelaki sekarang ingin cuba pula ada anak perempuan. Namun tidak salah berusaha jika jalannya tidak menyalahi syariat dan tidak menjejaskan kesihatan. Bagaimana caranya? Kita tahu bahawa kehamilan berlaku apabila benih lelaki (sperma) bercantum dengan telur wanita (proses persenyawaan). Jadi biasanya penentuan jantina ini adalah terletak pada pihak suami kerana benih lelaki yang dihasilkan berjuta-juta banyaknya itu mengandungi faktor yang boleh menghasilkan anak lelaki @ kromosom Y dan anak perempuan @ kromosom X, manakala telur perempuan hanya mengandungi faktor yang membawa jantina perempuan iaitu kromosom X sahaja. Menurut Dr Hamid Arshat, dipercayai benih yang membawa kromosom lelaki (Y) adalah lebih aktif dalam pergerakan dan seringkali ia dapat menuju ke sasarannya iaitu telur perempuan dengan lebih cepat dan adalah dipercayai juga benih yang membawa kromosom lelaki (Y) mempunyai jangka hidup yang lebih pendek berbanding dengan benih yang membawa kromosom perempuan (X). Benih yang membawa kromosom lelaki (Y) juga dikatakan tahan hidup dalam cecair yang lebih alkaline manakala benih yang membawa kromosom perempuan (X) boleh hidup dalam cecair yang berasid.
Antara faktor- faktor yang dikatakan dapat membantu merancang jantina anak:
Sekian. Selamat berjaya.
|
|
| Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 02 Mei 2008 ) |
| < Prev | Seterusnya > |
|---|
| Percuma "RAHSIA BERSALIN MUDAH" |