




|
Aura Seri Revolusi Kecantikan Dalaman Melalui Teknik Pencerahan Aura Menggunakan "Energy Aromatherapy Science" Pertama seumpanya. |
|
| Baca lagi... |
| Masalah Kesuburan? |
|
|
|
| Ditulis oleh Miey Ahmad | |
| Isnin, 21 April 2008 | |
|
Masalah Kesuburan Kehamilan tidak berlaku dengan sendiri. Banyak faktor dan fenomena kompleks yang berlaku terhadap organ peranakan baik lelaki mahupun wanita.
Siapa dan bilakah waktu paling sesuai untuk pasangan berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan kesuburan? Biasanya pasangan yang sesuai untuk mendapatkan pengesahan mengenai kesuburan ialah pasangan yang gagal hamil setelah 2 tahun ke atas atau pasangan yang lambat berkahwin (misalnya selepas umur 30) yang selepas 6 bulan belum hamil. Malah pasangan yang sudah memiliki anak yang pertama tetapi masih gagal untuk hamil kali kedua juga wajar untuk membuat pemeriksaan dan rawatan pakar ginekologi. Namun ada juga sesetengah kes yang dibuat ujikaji kesuburannya adalah normal, namun mereka masih gagal untuk hamil. Menurut pandangan pakar, hal ini mungkin berlaku akibat pasangan tidak serasi @ immunologically incompatible. Perlu diingatkan bahawa masalah kesuburan sebenarnya disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya:
Siapa yang patut dijumpa? Negara kita kini telah mempunyai ramai pakar dengan pelbagai kaedah rawatan terkini yang boleh membantu pasangan yang bermasalah. Yang penting usaha, doa dan tawakkal kepada Allah s.w.t. Jangan bersedih dan jangan sering salah anggap dengan isu lambat hamil. Senantiasa tenang dan positif dalam hadapi setiap masalah tekanan dalam hidup. Kita boleh memilih pelbagai cara samada kaedah rawatan biasa , kaedah rawatan alternatif atau tradisional. Masing mempunyai kelebihan dan kekurangan. Kita haruslah bijak memilih dan mendapat input maklumat yang secukupnya untuk membuat keputusan. Jadi di sini saya sediakan 2 pakar sakit puan yang boleh dihubungi:
Semoga kita boleh kongsikan semua maklumat ini kepada rakan-rakan kita yang lain, InsyaAllah.
|
|
| Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 02 Mei 2008 ) |
| < Prev | Seterusnya > |
|---|
| Percuma "RAHSIA BERSALIN MUDAH" |