• Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
JA slide show

Maklumat Terkini

Salindah sebagai Rencana Pemakanan Kesihatan dan Rawatan Ibu Hamil dari awal kehamilan sehingga habis pantang. 

Ibu Ibu hamil yang bijak memilih Salindah sebagai pemakanan dan rawatan sepanjang tempoh hamil hingga habis pantang. Dengan kebaikan rumusan Homeopati, Biokimia dan Herbalisme yang istimewa ini, zaman kehamilan kini bukan lagi suatu kebimbangan malah lebih indah dan menyeronokkan. Ianya membantu ibu ibu melahirkan si manja dengan lebih mudah.

Baca lagi...
 
Utama arrow Informasi
Advertisement
Informasi
Hospital Bersalin PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Miey Ahmad   
Ahad, 09 November 2008

Anda mencari hospital bersalin?

Di sini saya sertakan video hospital bersalin yang baik sebagai salah satu pilihan...

Terakhir dikemaskini ( Ahad, 09 November 2008 )
 
Masalah-Masalah Sepanjang Kehamilan PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Miey Ahmad   
Ahad, 09 November 2008

1. Kehamilan Luar Rahim

Kehamilan yang berlaku di saluran falopian adalah merbahaya apabila ia mulai pecah dan merebak di dalam perut. Pendarahan yang banyak boleh membawa maut kepada si ibu. Golongan yang berisiko terdedah kepada kehamilan di luar rahim ialah terdiri daripada mereka yang mengandung kerap atau mandul, pernah menjalani pembedahan ke atas organ peranakan, pembedahan apendik atau usus, pernah mengalami jangkitan kuman pada rahim dan pernah atau sedang menggunakan IUD.

2. Kehamilan Anggur

Ia berlaku disebabkan oleh pertumbuhan tisu placenta yang tidak normal dan membentuk seperti sejambak buah anggur. Salah satu simptomnya ialah, saiz perut ibu agak luar biasa dari sepatutnya. Pesakit juga mudah diserang tekanan serta tiroid. Pendarahan berlaku pada akhir trimester yang pertama, dan keluar seperti ketulan anggur. Hormon mengandung hCG juga akan meningkat. Kehamilan anggur perlu dibuang dengan kadar segera untuk mengelakkan pembentukan kanser atau "choricarcinoma"

3. Anemia

Anemia bermaksud kekurangan sel darah merah. Sel darah merah membawa oksigen kepada ibu dan anak yang dikandung. Anemia menjadikan seseorang itu mudah letih, nafas pendek, pucat, pening-pening dan lemah. Anemia berlaku kerana kekurangan zat besi yang digunakan oleh tubuh untuk membentuk sel-sel darah merah. Wanita mengandung memerlukan dua kali ganda jumlah zat besi untuk pembentukan darah. Adalah susah untuk mendapatkan bekalan zat besi dari makanan atau yang sudah disimpan dalam tubuh, tambahan pula jika ibu mengamalkan diet yang tidak seimbang, mengandung kembar atau kerap hamil. Anemia perlu dirawat dan sekiranya jumlah darah terlalu rendah, pemindahan darah perlu dilakukan. Adakalanya ibu akan disarankan supaya bersalin awal kerana bayi akan mengalami kekurangan oksigen. Ceraian SALINDAH B1, berperanan untuk menambah paras hemoglobin darah dan membekalkan zat besi yang diperlukan oleh ibu dan anak yang dikandung.

Terakhir dikemaskini ( Ahad, 09 November 2008 )
Baca lagi...
 
Kembali Online! PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Miey Ahmad   
Ahad, 02 November 2008

Assalamulaikum wr wbt, dan
Salam ceria buat semua ibu dan bakal ibu...

Pemberitahuan!

Mengandung.com sejak akhir-akhir ini sering mengalami masalah kesukaran untuk di akses kerana masalah server. Pihak team Mengandung.com cuba sebaiknya untuk menangani isu ini.

Bagi rakan ibu yang berminat untuk mengetahui maklumat lanjut tentang kehamilan melalui video, sila layari:

Koleksi Video Tips Dan Panduan Hamil

Sejak sekian lama juga saya bercuti dari memberikan input-input terkini memandangkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan serta kelapangan masa yang terhad .

Namun begitu, minat dan keinginan untuk berkongsi saat indah sewaktu hamil ini memberi saya semangat untuk bersama rakan-rakan semua. Bagi yang bermasalah jangan putus asa. Teruskan usaha dan tawakal serta doa. InsyaAllah masa akan datang anda semua beroleh rezeki dan rahmat dariNya.

Saya akan  cuba mengupdate maklumat terkini dari masa ke semasa kepada rakan semua, InsyaAllah.

Salam ceria selalu dari saya,

Miey Ahmad

Terakhir dikemaskini ( Ahad, 02 November 2008 )
 
Tungku Herba Moden PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Miey Ahmad   
Jumaat, 31 Oktober 2008

TUNGKU HERBA MODEN BAIK UNTUK KESIHATAN SEISI KELUARGA

 

  1. Tungku Herba Moden ini diadun dengan campuran Herba Tradisional bertindak secara Fisioterapi melalui Pad Pemanas Elektrik.   
  2. Istimewa digunakan untuk ibu selepas bersalin dan kepada yang mementingkan kesihatan.
  3. Mudah diguna dan di bawa ke mana-mana.
  4. Kawalan suhu panas secara Otomatik.
  5. Tidak Perlu Distimkan - Hanya On Swis
  6. Boleh diguna oleh seisi keluarga
  7. Boleh digunakan selama 3 - 6 tahun

Harga: RM150

 

 

KEBAIKAN BERTUNGKU

  1. Melancarkan perjalanan darah
  2. Memanaskan badan si ibu selepas bersalin
  3. Memecahkan darah beku
  4. Mampu merawat rahim dan organ yang lain dengan kaedah refleksiologi 

 

WAKTU BERTUNGKU

Biasanya dilakukan setelah selesai berurut di awal pagi atau 1 jam  sebelum mandi sebelah petang. Selain itu digalakkan bertungku pada masa badan terasa sejuk-sejuk atau terasa tidak selesa akibat perjalanan darah tidak lancar.

 

 

Terakhir dikemaskini ( Ahad, 02 November 2008 )
Baca lagi...
 
Hamil Anak ke 4 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Miey Ahmad   
Rabu, 27 Ogos 2008

Assalamualaikum wr wbt.. dan
Salam ceria buat semua rakan@teman@sahabat yang terus setia bersama Mengandung.com..

Setelah sekian lama menyepi kini saya kembali dengan berita gembira. Pada 22 Julai 2008 yang lalu saya telah ke Gombak Medical Centre (GMC) dan di sahkan hamil anak ke 4  (usia kehamilan 7-8 minggu) . Alhamdulilah. Rezeki yang Allah berikan untuk kami sekeluarga.

Berikut gambar Pregnancy Test yang telah dibuat:

 

 InsyaAllah saya akan cuba berkongsi maklumat dengan rakan-rakan yang kini juga sedang hamil.

Sehingga ketemu lagi dengan maklumat baru dan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak tak lama lagi ;-)

Wassalam

 

 

Terakhir dikemaskini ( Rabu, 27 Ogos 2008 )
 
<< Mula < Seb 1 2 3 4 5 6 7 Kemudian > Akhir >>

Keputusan 1 - 9 terhadap 58

Laporan Eksklusif

Percuma "RAHSIA BERSALIN MUDAH"
Nama Anda
Alamat Email

eKedai


List All Products


Advanced Search
Show Cart
Your Cart is currently empty.