|
Ditulis oleh Miey Ahmad
|
|
Khamis, 12 Jun 2008 |
|
Apakah D & C? D & C adalah singkatan bagi Dilatation and Curettage. Ia merupakan salah satu daripada prosidur rawatan ke atas wanita yang mengalami masalah pendarahan luar biasa tanpa henti antara period atau keguguran. D&C akan dilakukan apabila beraku: - Keguguran tidak sempurna (incomplete abortion)
- Keguguran (missed abortion)
- Kes-kes pendarahan yang luar biasa ( Endometrial cancer,Fibroid tumors, Abnormal uterine bleeding or Polyps)
Ianya dilakukan untuk tujuan membersihkan rahim daripada sisa-sia tinggalan kandungan selepas keguguran. Berikut gambar alatan yang digunakan untuk prosidur D&C:  Biasanya hasil makmal daripada D&C akan dapat memberikan maklumat yang tepat tentang punca sebenar pendarahan yang berlaku, samada tisu yang dikeluarkan jenis tisu kanser atau tidak. Prosidur D&C ini hanya mengambil masa yang singkat iaitu antara 10-15 minit sahaja. Biasanya selepas 1-2 minggu rawatan, pemeriksaan ulangan akan dilakukan. |
|
Terakhir dikemaskini ( Khamis, 12 Jun 2008 )
|
|
|
Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Bayi Baru Lahir |
|
|
|
|
Ditulis oleh Miey Ahmad
|
|
Jumaat, 06 Jun 2008 |
|
Terdapat beberapa perkara penting yang kita perlu ambil berat tentang bayi yang baru lahir, iaitu tabiat usus dan pundi kencing: 
- Berapa kerapkah bayi kita patut membuang air kecil dalam masa sehari?
Pada awal kelahiran pundi kencing bayi kita masih kosong dan ia tidak mempunyai kawalan terhadapnya. Pada kebiasaannya bagi bayi yang berusia 6 minggu, ia akan membuang air kecil 20 - 30 kali setiap 24 jam. Namun ini tidaklah bermakna kita perlu menukar lampinnya sekerap itu. Apa yang penting kita perlu pastikan lampinnya tidak terlalu basah dan tidak dibiarkan terlalu lama.
- Bagaimana kita boleh kenal pasti bayi telah membuang air kecil secukupnya?
Petunjuk terbaik yang dapat membantu anda memonitor lampin bayi ialah berat lampin. Jika selama 3 jam atau lebih lampin bayi anda masih kering bererti bayi anda telah terdehidrat. Oleh itu anda perlu mendapatkan khidmat nasihat doktor ataupun bidan yang datang membuat lawatan kesihatan.
- Bagaimana pula jika ada kesan darah dalam air kencing?
Tidak mungkin ada darah dalam kandungan air kencing bayi baru lahir. Biasanya warna merah jambu atau kesan merah kelihatan disebabkan oleh garam kimia yang dipanggil urate. Ianya adalah bahan buangan biasa dalam air kencing. Sekiranya kencing bayi mengandungi darah maka ia adalah keadaan luar biasa dan serius. Anda perlu segera merujuk kepada doktor untuk menangani masalah ini.
- Apakah maknanya jika air kencing bayi berbau?
Ada 3 kemungkinan besar yang menyebabkan kencing bayi berbau: 1. Lampin dibiarkan terlalu lama. 2. Air kencing pekat - berlaku disebabkan bayi kekurangan air dalam badan. 3. Jangkitan pada saluran kencing bayi. Perlu rawatan segera.
- Berapa kerapkah pula bayi perlu membuang air besar?
Kebiasaanya bayi baru lahir akan membuang air besar beberapa kali dalam sehari. Dalam 6 minggu pertama puratanya adalah antara 3 atau 4 kali sehari. Bayi yang meminum susu ibu biasanya tinjanya agak cair. Namun ini tidak bermakna ianya mengalami masalah cirit birit selagi bayi kelihatan sihat. Namun sesetengah ibu yang mengamalkan jamu perlu lebih prihatin kerana mungkin boleh berlaku masalah cirit birit. Penting diingatkan bahawa ada sesetengah bayi yang tidak membuang air besar dalam beberapa hari. Jika anda ada membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sejak lahir, biasanya tiada masalah.
- Apakah warna yang normal bagi tinja bayi yang baru lahir?
Dalam masa 24 jam pertama hidupnya, bayi anda akan menghasilkan mekonium, bahan melekit dan berwarna hitam kehijauan, yang terdiri daripada hempedu dan mukus. Dalam tempoh 1 ke 2 hari, ia akan bertukar warna kepada coklat kehijauan - mungkin berair.
- Apakah bezanya tinja untuk bayi yang meminum susu ibu berbanding susu botol?
Bayi yang meminum susu ibu biasanya tinjanya berwarna kuning keperangan atau kuning oren serta berbau seperti susu masam atau yogurt basi. Boleh juga didapati berwarna hijau terang. Manakala bayi yang meminum susu botol, biasanya tinjanya banyak. Berwarna coklat muda dan agak berbau. Ini kerana bahan buangan ini mengandungi campuran bakteria. Jika tinja berwarna hijau dan berair, ini menunjukkan bayi mengalami cirit-birit. |
|
Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 06 Jun 2008 )
|
|
|
Apakah Perkara Yang Doktor Periksa Pada Bayi Kita? |
|
|
|
|
Ditulis oleh Miey Ahmad
|
|
Jumaat, 23 Mei 2008 |
|
Biasanya sejurus selepas bersalin doktor akan membuat beberapa pemeriksaan asas ke atas bayi anda. Apa yang diperiksa oleh doktor? - Kepala:
Pemeriksaan dibuat untuk memastikan bentuk dan saiz kepala bayi normal.
- Jantung dan paru-paru:
Stetoskop digunakan bagi memeriksa paru-paru dan jantung bayi sihat dan stabil.
- Mulut:
Doktor biasanya akan menyentuh dalam mulut untuk memastikan lelangitnya berkembang normal.
- Abdomen:
Doktor akan memeriksa bahagian abdomen untuk memastikan saiznormal, dan groinnya tidak mengalami hernia. Penting bagi kita ibu bapa memastikan bayi baru lahir membuang air besar. Doktor akan membuat pemeriksaan punggung sekiranya bayi anda tidak membuang air besar selama beberapa hari selepas bersalin.
- Organ Jantina:
Organ pembiakan luar bayi juga diperiksa.
- Pinggul:
Pinggul bayi juga diperiksa bagi sebarang tanda terkehel dengan membengkokkannya.
- Tulang Belakang:
Tulang belakang juga perlu dipastikan normal dan doktor biasanya akan memeriksa dengan melalukan jarinya sepanjang belakang bayi anda.
|
|
Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 23 Mei 2008 )
|
|
|
Sukan Sekolah Rausyanfikr Husaynie |
|
|
|
|
Ditulis oleh Miey Ahmad
|
|
Rabu, 21 Mei 2008 |
|
Sabtu lepas saya menghadiri acara sukan sekolah Rausyanfikr Husaynie (6 tahun). Bertempat di Stadium Universiti Islam Antarabangsa. Ramailah ibu bapa yang datang. Malah Datuk dan Nenek pun turut datang untuk support cucu mereka. Dapatlah beramah mesra dengan mereka. Kalau tidak asyik mengadap laptop ajelah. Aktiviti sebegini dapat merangsang minda anak-anak selain jasmani yang sihat dan cergas. Sesekali kalau aktiviti sebegini kita join, terasa release dan kosong fikiran dari pelbagai masalah kerja harian. Inilah masanya kita berikan semangat dan sokongan buat mereka dalam proses mereka jadi dewasa. Bagi rakan semua, kiranya ada kelapangan dan masa mulakan aktiviti riadah bersama anak-anak, agar mereka lebih berani, cergas dan yakin pada diri sendiri. Mereka akan rasa sangat gembira apabila kita berada bersama mereka dan memberikan sokongan dan moral yang terbaik buat mereka. InsyaAllah, jalinan kasih sayang serta perkembangan pembelajaran mereka yang baik setiap hari akan mendorong meraka menjadi anak yang soleh. Oh ya, Pasukan kuning Rausyanfikr dapat Naib Johan hari tu. ;-) Berikut gambar-gambar Rausyanfikr dalam acara sukan sekolah 2008.  
Semasa Majlis Penyampaian Hadiah 
Rausyanfikr bergambar kenangan bersama Cikgu Nuri 
Sekolah Rausyanfikr - Sekolah Agama Dan Tadika Abu Bakar As Sidiq No 49/49A Jln Sg 10/4, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves Selangor. |
|
Terakhir dikemaskini ( Khamis, 22 Mei 2008 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Suplemen Terbaik Sebelum Hamil |
|
|
|
|
Ditulis oleh Miey Ahmad
|
|
Sabtu, 17 Mei 2008 |
|
Anda tentu telah mendengar tentang pentingnya asid folik. Asid folik sangat penting kerana telah terbukti asid folik ini boleh mengurangkan risiko kejadian tiub saraf cacat yang boleh mengganggu fungsi saraf bayi. Jika ini berlaku, bayi akan terdedah kepada jangkitan kuman kepada otak. Malah boleh menyebabkan kedua dua belah kaki bayi tidak dapat digunakan selain boleh juga menyebabkan gangguan kepada kawalan pembuangan air kencing dan air besar. |
|
Baca lagi...
|
|
|
|
<< Mula < Seb 1 2 3 4 5 6 7 Kemudian > Akhir >>
|
| Keputusan 10 - 18 terhadap 61 |