• Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
JA slide show

Maklumat Terkini

Salindah

 Set Lengkap Rencana Pemakanan Dan Rawatan Ibu Hamil Dari Awal Kehamilan Sehingga Habis Pantang. Ia sesuai digunakan oleh semua ibu hamil. Salindah membekalkan zat besi mudah hadam untuk wanita hamil, mengurangkan muntah, loya serta alahan, membantu tumbesaran tian, mencegah demam, batuk, selesema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain.

Baca lagi...
 
Utama arrow Profail
Advertisement
Profail Saya PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Miey Ahmad   
Sabtu, 09 Februari 2008

Saya adalah anak sulung dari 12 adik beradik dan 9 daripadanya lelaki. Kalau ikutkan memang letih menjaga dan melayan kerenahnya! 12 orang dengan 12 ragam (Miey, Simi, Sili, Maini, Yazqmin, Ayub, Ema, Fadhil, Shida, Iwan, Hafiz dan Imi). kini 3 daripadanya telah berumahtangga. 3 lagi bakal berkahwin tak lama lagi. Saya berbangga kerana mempunyai keluarga yang besar. Suasana meriah sesangat bila semua keluarga berkumpul. Ayah dan ibu saya kini mempunyai 7 orang cucu.

Latar belakang pendidikan pula, Saya telah menamatkan pengajian dari Universiti Malaya, (Economics, 2000), kemudian saya terus di tawarkan bekerja di "aviation division" di ibu pejabat Shell Malaysia di Damansara Height, Kuala Lumpur.

1 Januari 2002, saya berumahtangga dan selepas 3 bulan, saya terus "resign" dari Shell dan memulakan partnership bersama sama suami yang "gila internet" - jadi kami pun start and build our 1st home based business from S-C-R-A-T-C-H. Kami langsung tidak mengetahui apa apa tentang internet kecuali register email, login, logout dan surfing tanpa tujuan. Namun setelah hampir 3 tahun menimba pengalaman pahit dan manis, saya makin jatuh cinta dengan kerjaya saya ini. Alhamdulillah...

Bercerita mengenai anak-anak kami, September, 2002, putera pertama kami, Rausyanfikr Husaynie, lahir dan entah macam mana, tup tup, Mac 2004 putera kami yg kedua, Irfan Zuhayr pula lahir. Dan tak lama selepas itu  September, 2006, lahirlah pula puteri kami Fahima Zahra. Bercuti saya setahun rasanya setelah melahirkan anak saya yang ke 3 ni.  Masa begitu pantas berlalu. Perkara yang sangat indah, sejak saya berpisah dari dunia 9-5 ialah, saya tidak pernah berjauhan dari suami dan anak anak tersayang - YES!

   



Working from my home office, and through the internet, gives me the opportunity to pursue a full-time, profitable and rewarding career... while still taking care of my family. It seems that this is quickly - within 5 to 10 years - becoming the Malaysian Dream for our generation - and I'm here to tell you, it IS possible!

Sebenarnya Mengandung.com adalah hasil "brain storming" saya dan suami khusus untuk kaum wanita Malaysia dan Nusantara umumnya, yang boleh melakukan akses internet sama ada di rumah, di pejabat ataupun di mana mana cyber cafe. Mengandung.com bekerjasama secara bijak @ smart partnership dengan Realelite Sdn Bhd dan beberapa individu pakar lagi profesional khusus untuk menyampaikan info terbaik tentang "hal ehwal mengandung" kepada anda;-)

Kami benar-benar berharap agar laman ini sedikit sebanyak dapat menyumbang dari segi kuantiti dan kualiti khazanah maklumat online untuk topik "hal ehwal mengandung" di dalam bahasa Melayu khususnya di Malaysia, Singapore, Brunai, Indonesia dan di belahan dunia mana pun ummat berbahasa melayu berada.

Saya adalah 'real person' yang dengan ikhlas bersedia untuk membantu anda mencapai impian membina sebuah keluarga bahagia - sesuai dengan moto Mengandung.com sebagai "Wadah Buat Ibu Ibu Bijak Ke Arah Melahirkan Anak Anak Yang Sihat Lagi Pintar", Insya Allah.

Sudi sudikan untuk menghubungi saya and say Salam Alaykum, tanya sebarang soalan, ataupun berkongsi apa apa buah fikiran dengan saya - sudah tentu saya suka untuk mendengarnya. Anda boleh menghubungi saya menerusi email dengan menggunakan ruangan contact ataupun berinteraksi dengan saya di ruangan blog. Oh ya... jangan lupa langgan "Miey Newsletter" agar kita tidak "putus hubungan informasi".

Akhir kata,

"Whatever your dream is I encourage you to make it a reality."

Salam ceria,

Miey Ahmad

 
Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 23 Mei 2008 )
 

Laporan Eksklusif

Percuma "RAHSIA BERSALIN MUDAH"
Nama Anda
Alamat Email

eKedai


List All Products


Advanced Search
Show Cart
Your Cart is currently empty.

Pengiklanan

Advertisement