




|
Kategori: Homeopati |
|
| Baca lagi... |
Informasi
Bayi & Kanak-kanak
Saat Selepas Kelahiran!!
| Saat Selepas Kelahiran!! |
|
|
|
| Ditulis oleh Miey Ahmad | |
| Isnin, 12 Mei 2008 | |
|
Apa khabar rakan rakan sekalian... Ok... sekarang saya nak sambung tentang "Selepas Kelahiran" sikit. Sebaik sahaja kita berjaya melahirkan anak. Bayi kita akan dibawa oleh pembantu perubatan untuk dimandikan. Oh ya, sebelum tu, bayi akan dihampirkan ke muka dan dada kita sebagai "sentuhan pengenalan" antara anak dan ibu. Sementara itu, Dr. akan mengeluarkan uri - biasanya uri ikut sekali keluar bersama bayi dan ada juga kes uri yang tertinggal di dalam rahim. Apa apa pun, proses tersebut sekejap sahaja dilakukan oleh Dr. Pakar.
Jika semasa proses melahirkan bayi tadi, Dr. ada membuat guntingan episiotomi, maka sekarang Dr. akan melakukan jahitan episiotomi. Guntingan ini dilakukan untuk memudahkan pengeluaran bayi dari rahim melalui ruang faraj. Sebelum jahitan ini dilakuakn biasanya anda disuntik dengan bius, so tak lah rasa sakit. Namun anda boleh buat pilihan samada ingin dibius ataupun tidak. Menurut sesetengah pandangan, jahitan episiotomi tanpa bius akan cepat sembuh berbanding yang dibius. Apapun bergantung kepada individu. Selepas selesai, anda akan berehat sebentar di ruang bersalin tadi sebelum dibawa ke wad. Di wad anda akan bertemu semula dengan bayi anda, dan biasanya pada masa itu, suami akan melakukan 'azan" kepada cahaya mata yang ditunggu tunggu itu. Anda juga sudah mulai bersentuhan dan berkomunikasi dengan bayi anda. Inilah saat yang paling bahagia bagi pasangan yang baru menimang cahaya mata. Saat ini anda akan mula belajar menyusukan bayi buat pertama kali. Mungkin bagi yang belum pernah ada pengalaman ada baiknya minta tunjuk ajar dari jururawat. Cara-cara menyusukan bayi dengan betul sangat penting untuk keselesaan bayi dan juga anda sendiri. Selepas itu anda akan berehat sehinggalah keluarga anda akan datang melawat. Itulah senario biasa sebaik sahaja melahirkan anak di pusat perubatan atau hospital. Harap dapat membantu;-) |
| < Prev |
|---|
| Percuma "RAHSIA BERSALIN MUDAH" |