• Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
JA slide show

Maklumat Terkini

Salindah sebagai Rencana Pemakanan Kesihatan dan Rawatan Ibu Hamil dari awal kehamilan sehingga habis pantang. 

Ibu Ibu hamil yang bijak memilih Salindah sebagai pemakanan dan rawatan sepanjang tempoh hamil hingga habis pantang. Dengan kebaikan rumusan Homeopati, Biokimia dan Herbalisme yang istimewa ini, zaman kehamilan kini bukan lagi suatu kebimbangan malah lebih indah dan menyeronokkan. Ianya membantu ibu ibu melahirkan si manja dengan lebih mudah.

Baca lagi...
 
Utama arrow Informasi arrow Bayi & Kanak-kanak arrow Apakah Perkara Yang Doktor Periksa Pada Bayi Kita?
Advertisement
Apakah Perkara Yang Doktor Periksa Pada Bayi Kita? PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Miey Ahmad   
Jumaat, 23 Mei 2008

Biasanya sejurus selepas bersalin doktor akan membuat beberapa pemeriksaan asas ke atas bayi anda.

 

 

Apa yang diperiksa oleh doktor?

  •  Kepala:
    Pemeriksaan dibuat untuk memastikan bentuk dan saiz kepala bayi normal.

  • Jantung dan paru-paru:
    Stetoskop digunakan bagi memeriksa paru-paru dan jantung bayi sihat dan stabil.

  • Mulut:
    Doktor biasanya akan menyentuh dalam mulut untuk memastikan lelangitnya berkembang normal.

  • Abdomen:
    Doktor akan memeriksa bahagian abdomen untuk memastikan saiznormal, dan groinnya tidak mengalami hernia. Penting bagi kita ibu bapa memastikan bayi baru lahir membuang air besar.  Doktor akan membuat pemeriksaan punggung sekiranya bayi anda tidak membuang air besar selama beberapa hari selepas bersalin.

  • Organ Jantina:
    Organ pembiakan luar bayi juga diperiksa.

  • Pinggul:
    Pinggul bayi juga diperiksa bagi sebarang tanda terkehel dengan membengkokkannya.

  • Tulang Belakang:
    Tulang belakang juga perlu dipastikan normal dan doktor biasanya akan memeriksa dengan melalukan jarinya sepanjang belakang bayi anda.
Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 23 Mei 2008 )
 
< Prev   Seterusnya >

eKedai


List All Products


Advanced Search
Show Cart
Your Cart is currently empty.