• Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
JA slide show

Maklumat Terkini

Apakah Itu LauricoTM Minyak Kelapa Dara?

LauricoTM mengandungi minyak kelapa dara asli yang dihasilkan secara bio-teknologi di dalam persekitaran yang terkawal untuk menjamin ketulenannya dan merupakan minyak yang sangat berkhasiat. Komponen utama ialah asid laurik (49%-54%) yang boleh didapati di dalam susu ibu.

 

Baca lagi...
 
Utama
Advertisement
? Rausyanfikr PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Miey Ahmad   
Sabtu, 01 Disember 2007

Rausyanfikr Husaynie ialah anakku yang pertama bersama suamiku J. Kami sungguh excited dengan nama ni, hinggakan suamiku mem "print" nya di atas kertas A4 dengan font yang besar;-) Di awal kehamilan lagi "nama" ini telah muncul dan kami hanya menunggu masa sahaja ke JPN untuk secara rasmi mendaftarkannya;)

Bukankah menjadi tanggunjawab kita (ibu bapa) memberikan nama nama yang baik kepada anak kita, kerana di akhirat nanti, dengan nama itulah mereka akan dipanggil.

Nama "Rausyanfikr" ini tercetus di dalam fikiran kami hasil dari kata "rausyanfikr" yang dijelaskan di dalam sebuah buku bertajuk "Warisan Shariati" tulisan Jalaluddin Rakhmat bertajuk "Panggilan Untuk Ulil Albab". Pengasas kepada idea, konsep dan peranan "rausyanfikr" ialah seorang Pemikir Iran yang tersohor, iaitu Dr. Ali Syariati.

 

Berikut kami perturunkan teks asal dari buku tersebut...

Rausyanfikr adalah kata Parsi yang ertinya "Pemikir Yang Mencerahkan". Dalam terjemahan Inggeris, disebut sebagai Intellectual. Rausyanfikr berbeza dengan Ilmuan. Seorang ilmuan mencari kenyataan, seorang Rausyanfikr mencari kebenaran. Ilmuan hanya menampilkan fakta sebagaimana yang terdapat, Rausyanfikr, memberi penilaian sebagaimana seharusnya. Ilmuan berbicara dengan bahasa universal, Rausyanfikr - seperti para nabi - berbicara dengan bahasa kaumnya. Ilmuan bersikap neutral dalam menjalankan pekerjaannya, Rausyanfikr, harus melibatkan diri pada ideologi. Sejarah, kata Syariati, dibentuk hanya oleh kaum Rausyanfikr.

Mungkin terjemahan yang paling tepat untuk isitilah Rausyanfikr adalah kaum intelektual dalam erti kata yang sebenarnya. Kaum intelektual bukan sarjana, yang hanya melibatkan kelompok orang yang sudah mendapat pendidikan tinggi dan memperolehi gelar sarjana (asli dan tiruan). Mereka juga bukan sekadar ilmuan, yang mendalami dan mengembangkan ilmu dan penalaran dan penilitian.

Mereka adalah kelompok orang yang merasa tanggungjawab untuk memperbaiki masyarakat, menangkap aspirasi mereka, merumuskannya dalam bahasa yang dapat difahami setiap orang, menawarkan strategi dan alternatif penyelesaian masalah.

Al - Quran sebenarnya mempunyai istilah yang khusus untuk Rausyanfikr - Ulil Albab. Ulil Albab disebut 16 kali di dalam Al - Quran; dilukiskan sebagai orang yang diberi hikmah (Quran 2: 269), yang sanggup mengambil pelajaran dari umat terdahulu (Quran 12: 111), kritis mendengarkan pembicaraan atau ungkapan pemikiran orang (Quran 39: 18), bersungguh sungguh mencari ilmu (Quran 3: 7) dengan merenungkan ciptaan Allah di langit dan dibumi (Quran 3: 190), dan mengambil pelajaran dari kitab yang diwahyukan oleh Allah (Quran 38: 29, 40:54, 3:7), sanggup sendiri memepertahankan keyakinannya dan tidak terpesona dengan bilangan yang banyak dalam keburukan (Quran 5;100), berusaha menyampaikan peringatan Allah kepada masyarakat dan mengajari mereka prinsip tauhid (Quran 14: 52), memenuhi janji kepada Allah, menyambungkan apa yang diperintahkan oleh Allah, menghubungkannya, bersabar, memberikan infaq, dan menolak keburukan dengan kebaikan (Quran 13: 20 - 22) bangun tengah malam dan mengisinya dengan rukuk dan sujud di hadapan Allah (Quran 39: 9) serta banyak berzikir (Quran 3: 190) dan terakhir hanya takut kepada Allah sahaja (Quran 2: 197, 65: 10, 5: 100, 13: 21).

Ya itulah intipati Rausyanfikr, dan memang belum semua ciri ciri rausyanfikr itu ada pada kami (@ kita), tetapi menjadi inspirasi untuk terus kita berusaha mencapai ke arahnya, insya ALLAH.

Oh ya, kenapa kami gandingkan dengan Husaynie? Kerana sempena nama cucu Rasulullah yang juga bakal menjadi Ketua Pemuda di Syurga kelak.

Hmm... nanti kami nak share nama anak kami yang kedua... Irfan Zuhayr.

Nak prepare sarapan dah nih...

MA.

Terakhir dikemaskini ( Selasa, 22 April 2008 )
 
Seterusnya >

Laporan Eksklusif

Percuma "RAHSIA BERSALIN MUDAH"
Nama Anda
Alamat Email