Tungku Herba Moden
Ditulis oleh Miey Ahmad   
Jumaat, 31 Oktober 2008

TUNGKU HERBA MODEN BAIK UNTUK KESIHATAN SEISI KELUARGA

 

  1. Tungku Herba Moden ini diadun dengan campuran Herba Tradisional bertindak secara Fisioterapi melalui Pad Pemanas Elektrik.   
  2. Istimewa digunakan untuk ibu selepas bersalin dan kepada yang mementingkan kesihatan.
  3. Mudah diguna dan di bawa ke mana-mana.
  4. Kawalan suhu panas secara Otomatik.
  5. Tidak Perlu Distimkan - Hanya On Swis
  6. Boleh diguna oleh seisi keluarga
  7. Boleh digunakan selama 3 - 6 tahun

Harga: RM150

 

 

KEBAIKAN BERTUNGKU

  1. Melancarkan perjalanan darah
  2. Memanaskan badan si ibu selepas bersalin
  3. Memecahkan darah beku
  4. Mampu merawat rahim dan organ yang lain dengan kaedah refleksiologi 

 

WAKTU BERTUNGKU

Biasanya dilakukan setelah selesai berurut di awal pagi atau 1 jam  sebelum mandi sebelah petang. Selain itu digalakkan bertungku pada masa badan terasa sejuk-sejuk atau terasa tidak selesa akibat perjalanan darah tidak lancar.

 

 

Bahagian Badan Yang Perlu Di Tungku


Bahagian peranakan ditungku bagi mengecutkan peranakan yang membesar sewaktu mengandung. Bertungku di bahagian ini perlu berhati-hati. Bahagian badan yang perlu ditungku ialah bahagian dada, ulu hati, tengkuk, ketiak dan belikat. Bertungku dibahagian ini dilakukan ketika ibu terbaring.

Tungku diletakkan disekitar buah dada dengan perlahan-lahan supaya darah mengalir dengan baik, mebolehkan air susu keluar lancar. Selepas itu berpindah ke bahagian ulu hati. Tujuannya untuk memecahkan angin di bahagaian perut dan ulu hati. Kemudian beralih ke bahagian kanan ketiak kanan dan kiri. Setelah itu barulah ke bahagian belikat kanan dan kiri untuk beberapa minit.

Di bahagian tengkuk, bertungku dilakukan dengan meletakkan tungku di bawah tengkuk seperti menggunakan bantal. Bahagian ini perlu ditungku untuk memulihkan perjalanan darah di bahagian kepala dan leher.

Di bahagian bawah pinggang pula, anda perlu menungku bahagian betis, peha, punggung, pinggang, pelipat, pergelangan kaki dan tapak kaki. Ia memakan masa selama 15-20 minit. Pada bahagian terakhir, iaitu di tapak kaki, kaki dirapatkan menjadi satu kemudian digerakkan ke hadapan dan kebelakan.

Terakhir dikemaskini ( Ahad, 02 November 2008 )