Berehat Di Kolam Kelah...
Ditulis oleh Miey Ahmad   
Sabtu, 10 Mei 2008

Assalamualikum wr wbt,
Salam ceria buat semua teman..

Mohon maaf kerana tidak dapat bersama rakan yang hadir di Taklimat Aladdin Home Medic SPA pagi tadi. Semalam bertolak dari KL ke kelantan. Memanglah penat setelah lebih 6 jam perjalanan tanpa henti. Malam tu terus tertidur. Pepagi bila dah nampak kolam kelah dekat tepi rumah, penat dan sakit badan terus hilang. Apatah lagi  bila time bagi makan ikan. Best rasanya. Macam rawatan SPA dengan terapi ikan. 

Ikan-ikan ni jinak sekali, menggigit jari-jari saya. Geli-geli pun ada rasanya bila nampak banyak betul ikan. ;-)

Buat rakan-rakan yang teringin nak cuba cari ketenangan, bolehlah datang ke kampung saya ni. Memang diusahakan oleh suami bersama ayah saya. 

Sebenarnya saya balik menemankan suami untuk urusan ikan kelah dan gaharunya. Malah dah lama tak jumpa emak ngan ayah yang agak sibuk mengurus  persiapan majlis kahwin adik yang tak lama lagi bakal berlangsung. Esok pulak hari ibu, ini lah masanya berkesempatan ucapkan selamat hari ibu buat emak tersayang. Hehehe..

Moga hujung minggu rakan-rakan Mengandung.com semua juga ceria hendaknya!

Mana-mana rakan Mengandung.com yang meminati hobi ini boleh layari:

http://www.ikankelah.com

Salam ceria hujung minggu buat semua. 

 

Terakhir dikemaskini ( Sabtu, 10 Mei 2008 )