Lahirnya Putri kedua Faqiha Zahra
Ditulis oleh Miey Ahmad   
Rabu, 25 Mac 2009

Assalamualaikum wr wbt dan
Salam penuh ceria buat semua member dan teman Mengandung.com

Di sini Kak Miey ingin berkongsi berita gembira, iaitu Putri kedua  telah selamat dilahirkan pada 11 Mac 2009 yang lalu, jam 11.45 malam.  Sujud syukur dengan rahmat dan rezeki yang Allah berikan moga anak-anak ini menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, InsyaAllah.

Ucapan terima kasih juga Kak Miey ucapkan kepada Dr R.A. Siti Nurrochmah Bt R. Abd Karim yang menjadi penyambut Putri kesayangan Kak Miey di Klinik Dan Pusat Bersalin Alternatif An Nuur, Kota Bharu Kelantan. 

Bagi rakan dan teman yang sedang menunggu saat kelahiran, semoga semuanya selamat.

Berikut Kak Miey kongsikan gambar sejurus selepas kelahiran Putri Kak Miey, Faqiha Zahra.

 

 Anak-anak Kak Miey:

1. Putra Sulung : Rausyanfikr Husaynie  (27 Sep 2002)

2. Putra Kedua: Irfan Zuhayr (11 Mac 2004)

3. Putri Pertama: Fahima Zahra (25 Sep 2006)

4. Putri Kedua: Faqiha Zahra (11 Mac 2009)

Alhamdulillah semoga Allah memberikan keberkatan dan kebahagiaan buat kami sekeluarga. Ameen.

Salam ceria buat semua!

Miey Ahmad
Dalam pantang 15 hari! Laughing

 

Terakhir dikemaskini ( Rabu, 25 Mac 2009 )