• Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
JA slide show

Maklumat Terkini

Aura Seri 

Revolusi Kecantikan Dalaman Melalui Teknik Pencerahan Aura Menggunakan "Energy Aromatherapy Science" Pertama seumpanya.

Baca lagi...
 
Utama arrow Informasi arrow Berita Dan Program arrow Aladdin Medic SPA Dapat Sambutan Baik
Advertisement
Aladdin Medic SPA Dapat Sambutan Baik PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Miey Ahmad   
Ahad, 20 April 2008

Assalamualaikum wr wbt, dan
Salam ceria buat semua rakan-rakan  Mengandung.com.

Alhamdulillah pada sesi pertama Taklimat  Aladdin Medic SPA   yang lalu kami telah menerima sambutan yang baik. Malah ada antara rakan Mengandung.com yang datang dari jauh untuk mencubanya.

Kami anggota keluarga Mengandung.com amat  mengalu-alukan rakan-rakan yang tidak berkesempatan dan berada di sekitar Kuala Lumpur untuk datang ke SPA kami jika ada masa yang terluang. Datang ya!

Perlu diingatkan pada rakan semua, sebelum datang ke SPA ini, rakan-rakan perlulah memaklumkan lebih awal agar tidak berlaku Q yang panjang.

Berikut adalah antara rakan-rakan  yang sempat bergambar dengan saya pada hari Sabtu lalu:



        Saya bersama Pn Razihan       Saya bersama Pn Azah dan Nadhrah, 3 thn

Ramai rakan yang kini berada di perantauan mengirim email kepada saya tentang kekecewaan mereka kerana tidak dapat hadir. Tidak mengapa! Saya akan cuba sediakan pelbagai maklumat khusus buat semua agar kita dapat berkongsi segala pengalaman dan ilmu bersama. Harapan saya  moga suatu hari kita dapat berjumpa. 

Jutaan terima kasih kami yang tidak terhingga  buat semua  rakan-rakan yang datang dari jauh mahupun dekat.  Moga ikatan silaturahim sesama kita makin erat. Jangan lupa datang lagi ya!

Untuk itu, bagi rakan-rakan yang berminat dengan SPA ini, hubungi : 03 4024 4859 (Pn Seri @ Fatimah) untuk buat tempahan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh email kepada saya at  Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya

 Terima kasih.

Terakhir dikemaskini ( Ahad, 20 April 2008 )
 
< Prev   Seterusnya >

eKedai


List All Products


Advanced Search
Show Cart
Your Cart is currently empty.