Bersalin Secara Pembedahan (Cesarean) Menghalang Anda Dari Memakai Bengkung  Sewaktu Tempoh Berpantang Selepas Bersalin?

Bagaimana Kalau Saya Katakan ANDA BOLEH MEMAKAI BENGKUNG Walaupun Telah Bersalin Secara Pembedahan (Cesarean)?

Ketahui Rahsia Bagaimana Mengembalikan Perut Yang Kempis, Pinggang Yang Ramping dan Tubuh Yang Langsing Dalam Tempoh 44 Hari  Selepas Bersalin Pembedahan (Cesarean)TANPA KESAN SAMPINGAN!


Puan Fazidah
~ Ibu kepada 3 cahaya mata ~

Salam Sejahtera,

Saya Puan Fazidah Abdul Latif, ibu kepada 3 cahaya mata. Anak pertama saya dilahirkan secara normal. Namun begitu bagi anak ke 2 dan ke 3, saya telah melalui pengalaman bersalin melalui kaedah pembedahan (cesarean) disebabkan oleh beberapa masalah dan  komplikasi yang dialami sewaktu proses kelahiran. 

Ramai yang memberitahu  kepada saya bahawa ibu-ibu yang bersalin pembedahan (cesarean) tidak boleh memakai bengkung selepas bersalin kerana pemakaian bengkung akan menyebabkan tempat pembedahan (cesarean) bernanah dan membengkak, sakit, ngilu dan tidak selesa. 

Namun dengan melakukan kajian di internet, mendapatkan tips dari pakar sakit puan dan beberapa petua dari bidan yang memberikan rawatan mengurut selepas bersalin, saya berjaya mengempiskan perut dan mendapatkan kembali bentuk badan ideal dalam masa 44 hari selepas bersalin dengan cara mengaplikasikan kombinasi kaedah moden (memakai Bengkung Moden lepas bersalin)  dan tradisional Melayu (rawatan mengurut dan berpantang selama 44 hari lepas bersalin serta mengambil ubat-ubatan selepas bersalin). 

Doktor Hamid Arshad (Pakar Sakit Puan) ada berkata, "Amalan memakai bengkung selepas bersalin pembedahan (cesarean) tidak dicegah"

Oh ya, saya juga adalah seorang ibu yang bekerja sepenuh masa dan menyusukan anak saya secara eksklusif selama 2 tahun kerana saya percaya penyusuan secara eksklusif bukan sahaja bagus untuk anak saya tapi turut membantu menurunkan berat badan saya dengan lebih cepat.



KEBAIKAN MEMAKAI BENGKUNG SELEPAS BERSALIN


Seperti yang anda sedia maklum, amalan memakai bengkung dan rawatan mengurut selepas bersalin dan sewaktu didalam pantang amat digalakkan terutama didalam masyarakat Melayu. Amalan memakai bengkung ini telah diamalkan sejak zaman berzaman dikalangan masyarakat Melayu dirantau ini. Tujuannya adalah untuk :
  • Mempercepatkan pengecutan rahim
  • Membantu ibu-ibu mendapatkan kembali bentuk badan seperti sebelum mengandung semasa didalam tempoh berpantang selepas bersalin
  • Membantu ibu selepas bersalin agar boleh berdiri dan bergerak dengan selesa kerana bengkung bertindak sebagai "support" pada bahagian perut
  • Pemakaian bengkung bersama ubat-ubatan yang disapu diperut membantu mengelakkan angin dari memasuki kawasan perut dan rahim yang telah longgar selepas bersalin
  • Bengkung juga membantu menghilangkan sakit belakang yang dialami sewaktu mengandung dan semasa proses kelahiran

Bagaimana pula dengan kajian barat?


Jangan terkejut andai saya katakan bahawa doktor-doktor dibarat juga menggalakkan ibu-ibu yang baru bersalin untuk memakai bengkung atau dalam istilah mereka dipanggil "abdominal binder". Antara kebaikan yang diperolehi dari pemakaian abdominal binder atau bengkung berdasarkan kajian perubatan ialah :
  • Mempercepatkan proses penyembuhan selepas bersalin
  • Membantu pengaliran darah selepas pembedahan
  • Membantu mengembalikan bentuk badan dan memecahkan lemak yang terkumpul sewaktu didalam tempoh mengandung
  • Membantu ibu-ibu agar boleh berdiri dan bergerak, dan dapat kembali melakukan rutin harian dengan segera selepas bersalin. 

Tahukah anda, orang-orang barat tidak seperti masyarakat Melayu yang memberikan penjagaan sepenuhnya dan mengamalkan rawatan mengurut kepada ibu-ibu selepas bersalin. Bagi mereka, tiada istilah 44 hari berpantang. Apabila terasa sihat sahaja, bermakna mereka sudah boleh keluar bersiar-siar dan melakukan rutin harian seperti biasa.

 

Apa rahsia saya? Bagaimana saya melakukannya?




Memperkenalkan Bengkung Moden yang diimport dari USA dan direka khas bagi ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan (cesarean).

Namun begitu, ia juga sesuai di gunakan oleh ibu yang bersalin normal dan bagi mereka yang ingin mengempiskan perut. Dan yang pastinya, ia amat senang, mudah, praktikal dan selesa untuk dipakai.

 

KEBAIKAN-KEBAIKAN BENGKUNG MODEN

   
        
Direka khas untuk ibu-ibu yg bersalin melalui kaedah pembedahan (cesarean). Ia boleh mula dipakai dalam masa 24 jam selepas bersalin.
 

Sebagai sokongan kepada perut lepas bersalin agar boleh berdiri dengan lurus dan mudah bergerakJuga untuk mengelakkan dari berasa sakit setiap kali terbatuk atau terbersin.

 

Bentuk V Bengkung Moden yang direka untuk keselesaan pemakai. Bahagian bawahnya yang lebih lebar dari bahagian atas untuk memastikan bengkung kejap dibadan, tidak menggelunsur, tidak bergulung, berlipat atau bergerak seperti kebanyakan bengkung yang ada dipasaran.

  Reka bentuk V bengkung juga adalah sebagai bantuan kepada tulang belakang buat ibu-ibu yg baru lepas bersalin. Ia juga berkesan untuk menghilangkan sakit belakang yang dialami sewaktu mengandung dan proses kelahiran.

 

Mudah untuk di pakai. Velcro strap boleh dilekatkan di mana-mana bahagian luar bengkung mengikut keselesaan. Ia juga amat berguna untuk jangka masa panjang kerana Bengkung Moden ini masih boleh dipakai walaupun perut sudah kempis dan selepas habis tempoh berpantang kerana materialnya membolehkan "Velcro Strap" melekat di mana-mana bahagian luar bengkung.

Bengkung moden lain yang terdapat dipasaran terhad kepada bahagian yang dikhaskan untuk velcro strap sahaja. Selepas beberapa lama dipakai, ia akan menjadi longgar terutama jika ditarik dan telah melebihi tempat untuk "Velcro Strap" tersebut.

 

Perlu saya tekankan disini bahawa bengkung moden ini direka khas untuk mereka yang bersalin secara pembedahan (cesarean) dan telah melalui peringkat R&D (Research & Development) yang berulang kali sebelum diedarkan dipasaran agar dapat memberikan keselesaan dan kesan yang optimum kepada penggunanya. Oleh itu anda tidak perlu ragu-ragu tentang ini.

Sebenarnya saya belum habis menghuraikan kebaikan-kebaikan Bengkung Moden ini kerana banyak lagi kebaikannya yang belum saya beritahu kepada anda

 

 
  
Bengkung Moden ini dibuat dari latex free material. Oleh itu ia selesa dipakai, tidak menyebabkan kegatalan, menyerap peluh, tidak panas, lembut pada kulit dan tidak tebal. Ia juga merupakan yang pertama didunia yang menggunakan latex free material. Dengan keadaan cuaca di Malaysia yang sentiasa panas, ciri-ciri ini sememangnya membantu anda merasa selesa sepanjang masa bengkung dipakai.
 
Melindungi bahagian yang dibedah / cesarean terutama sewaktu menyusukan bayi di posisi duduk. Bengkung ini bertindak sebagai pelapik dan pelindung tempat pembedahan. Ciri rekaannya juga membantu menggalakkan pengaliran darah, mengecutkan peranakan, mengempiskan perut dan mempercepatkan proses penyembuhan luka
 
Size bengkung yang lebar (bagi bengkung 4 panel) bukan sahaja membantu mengempiskan perut tetapi juga mengecilkan bahagian pinggul yang telah mengembang sewaktu mengandung
  Boleh dibasuh dengan tangan atau dengan mesin basuh.
 

Tidakkah anda rasa anda patut memiliki Bengkung Moden ini selepas mengetahui kegunaannya?

Oppss... bukan itu sahaja. Bengkung Moden ini juga sebenarnya boleh digunakan oleh
:

   

Ibu-ibu yang bersalin secara normal dan pada waktu yang sama perlu menguruskan anak-anak yang lain. Bengkung ini sangat mudah untuk dipakai dan amat praktikal untuk mereka.

 
Ibu-ibu yang berpantang seorang diri tanpa bantuan atau jagaan dari saudara terdekat. Bayangkan diri anda terpaksa berpantang seorang diri… mana nak jaga badan sendiri yang masih lemah dan sakit-sakit selepas bersalin, mana nak jaga bayi lagi… bertambah parah kalau bayi asyik meragam saja sampaikan nak lilit bengkung kat badan pun tak sempat.

Mereka yang sedang tercari-cari bengkung yang mudah,  praktikal dan selesa untuk dipakai dan menyerap peluh. Saya percaya ada antara anda di luar sana pernah mencuba bengkung moden "strap on" yang terdapat di pasaran tapi anda berasa sangat tidak selesa kerana bahannya yang di perbuat dari getah atau bahan yang tidak menyerap peluh. Akibatnya ada yang mengalami gatal-gatal dan ruam di bahagian perut akibat dari penggunaan bengkung tersebut.

Mereka yang ingin mengempiskan perut. Saya pasti ramai diantara anda yang mengalami masalah perut buncit lepas bersalin walaupun berjaya menurunkan berat badan tapi buncit di perut tidak hilang. Ini kerana Bengkung Moden ini boleh dijadikan korset untuk menguruskan badan dan mengembalikan bentuk tubuh idaman. Bengkung Moden ini tidak mengandungi dawai atau besi dibahagian tepi dan belakang seperti kebanyakan korset yang terdapat dipasaran bagi memberikan keselesaan kepada pemakainya. Tahukah anda besi yang dipasang pada korset boleh menyebabkan rasa tidak selesa dan sakit dibahagian belakang?




Jangan tunggu lagi!
Subscribe mailing list kami dan anda akan menerima :


Pengumuman harga promosi dan diskaun
Tips menghilangkan stretchmark dan selulit
Artikel dan tips bulanan

 

Nama : *
Email : *sila isi email yang betul
   
 * perlu di isi

 

Cara-cara memakai Bengkung Moden

Ada 2 cara untuk memakai bengkung moden ini

CARA 1
~ Dipakai selepas bersalin cesarean atau bersalin normal dan sewaktu didalam tempoh berpantang ~



Langkah 1

  • Letakkan Bengkung Moden di atas katil atau tempat untuk anda berbaring untuk memakai bengkung. Bentuk Bengkung Moden adalah seperti huruf V, jadi bahagian yang lebih lebar adalah bahagian bawah
  • Bahagian dalam bengkung hendaklah diletakkan ke atas. Kemudian susun tisu di atas Bengkung Moden seperti gambar disebelah. 


Langkah 2

  • Kemudian sapukan ubat pengempis perut / campuran kapur & limau nipis di sekeliling perut, pinggang dan belakang. 
  • Selepas itu, baringkan badan anda di atas Bengkung Moden yang telah disusun tisu seperti gambar di atas.
  • Naikkan lutut anda seperti didalam gambar. Tujuannya adalah untuk mengangkat peranakan. 
  • Diikuti dengan menyusun tisu diatas perut dan ditempat yang telah dibedah (luka cesarean) sebagai lapik bahagian atas bagi mengelakkan ubat dari melekat di bengkung dan juga agar bengkung sentiasa bersih. Tisu juga akan membantu agar luka cesarean sentiasa kering terutama ketika anda berpeluh.

Langkah 3  

  • Selepas itu, tarik Bengkung Moden dan kemaskan ke badan anda seperti gambar disebelah

Langkah 4  

  • Sila ubah kekemasan Bengkung Moden mengikut keselesaan anda.


Langkah 5  

  • Setelah selesai, bolehlah anda bangun dan berdiri. Kini anda bebas bergerak dan tidak lagi perlu memegang perut setiap kali anda berjalan dan bergerak kerana perut anda telah di ampu dan disokong oleh bengkung moden.




CARA 2
~
Selepas habis tempoh berpantang sama ada bersalin cesarean atau bersalin normal~
~ Boleh juga dipraktikkan selepas kembali bekerja ~
~ Mereka yang ingin mengempiskan perut ~




Langkah 1

  • Lipatkan bahagian atas bengkung kedalam seperti gambar disebelah.
  • Tujuannya agar bengkung ini tidak terlalu labuh dan menyukarkan anda bergerak sekiranya dipakai sewaktu hari bekerja. 

Langkah 2

  • Selepas itu, bolehlah anda lilitkan Bengkung Moden sepeti gambar diatas atau boleh juga mengikut langkah memakai bengkung dengan cara berbaring seperti di Cara 1

  • Taraaa...Inilah hasilnya. Bengkung Moden yang lebarnya telah dikurangkan dengan cara melipat sedikit bahagian atas bengkung kedalam. Dan yang pasti, ia tetap kejap dibadan anda dan tidak mudah bergulung atau berlipat



Masih ragu-ragu?
 
Lihat apa kata mereka yang telah menggunakan Bengkung Moden ini






Jaya - Putrajaya
(Mula memakai Bengkung Moden
selepas 5 bulan bersalin cesarean / c-section)

Sebagai seorang yang berbangsa India , setahu saya tak ramai yang bukan berbangsa Melayu yang benar-benar nak kempiskan perut lepas bersalin (contohnya ibu saya). Saya diperkenalkan dengan Bengkung Moden oleh rakan sekerja berbangsa Melayu kerana masalah perut yang buncit selepas bersalin secara pembedahan (cesarean). Pada mulanya saya agak ragu-ragu dan tidak pasti saiz mana yang sesuai dengan saya kerana saya tidak gemuk tetapi hanya buncit diperut sahaja. Namun selepas menghubungi Puan Fazidah, saya mengambil keputusan untuk mencuba Bengkung Moden dan Gel Sireh Slim.

Buat masa ini saya dapati buncit diperut sudah agak berkurangan selepas 10 hari memakai Bengkung Moden dan Gel Sireh Slim. Saya memang nak sangat kempiskan perut sebab nak pakai baju kebaya perbagai jenis seperti kebaya moden, kebaya panjang dan kebaya pendek yang dijahit sebelum mengandung. Rasa macam tak puas hati sebab tu lah sekarang ni nak sangat kurangkan buncit diperut. Suami saya juga kini menggunakan Gel Sireh Slim untuk mengempiskan perutnya yang buncit.

I'm so happy... Thank you.

 

 




Earizad - Bukit Jelutong, Shah Alam
(bersalin cesarean / c-section)

Selamat Pagi. Nak bagi komen pasal bengkung ni. Saya baru jer terima bengkung ni hari Isnin yang lepas. So dah start pakai la. Saya pakai bengkung ni dari siang sampai petang lepas tu sambung balik ke malam sampai pagi.

Pergi opis pun boleh pakai sebab orang tak perasan yg kita pakai bengkung tu...dulu I ada ler pakai corset tapi tak sampai setengah hari jer dah bukak sebab senak la, sakit ler sebab terlipat-lipat kan, tapi pakai bengkung ni Alhamdulillah dari pagi sampai petang takde bukak-bukak pun selesa jer rasanye. Lagi satu sejak pakai bengkung ni takde la terasa ngilu kat tempat cesarean tu.

Nasib ler jumpa bengkung ni kalau tidak kenalah pakai bengkung yang ikat-ikat tu. Bukan apa kalau pakai yang ikat-ikat tu I jadik kelam kabut, tak sempat nak abis ikat anak dah panggil ler,  macam-macam la. Sekarang dah ada bengkung ni just zap on jer siap dah. Terima kasih ya kak Fazidah. Saya akan terus pakai dan melihat perubahannya.

 





Intan Idayu - Bangi, Selangor 
(bersalin cesarean / c-section & mula memakai bengkung moden selepas 8 bulan bersalin)

Sewaktu didalam pantang selepas bersalin secara pembedahan (cesarean) untuk anak pertama dan kedua dulu, saya tidak memakai bengkung kerana takut sakit ditempat luka. Namun persepsi saya berubah selepas memakai Bengkung Moden.

Bengkung ini lembut dan selesa dipakai. Material dia tak buat kulit jadi gatal. Lagi satu, since kain dia separated in 4 compartment, senang nak adjust. Sangat elok pakai masa tengah buat kerja berat, sebab dapat support perut dan rahim. Sebelum ni kalau tak pakai bengkung, boleh rasa sakit kat bahagian bawah dan ditempat cesarean. Bila dah pakai bengkung, dah tak rasa sakit lagi
.

 

 
Tidakkah anda menginginkan perut yang kempis dan pinggang yang ramping seperti mereka ini selepas bersalin? Saya yakin anda akan berkata YA! Kerana sudah menjadi lumrah bagi setiap wanita ingin mendapatkan perut yang kempis, pinggang yang ramping dan tubuh yang langsing semula selepas bersalin.

Bayangkan diri anda berjaya mengempiskan perut walaupun telah bersalin secara pembedahan (cesarean
). Pasti ramai yang akan bertanya bagaimana anda melakukannya kerana itulah soalan yang sering ditanya oleh kawan-kawan kepada saya.
Juga, anda perlu ingat bahawa Bengkung Moden ini bukan sahaja boleh digunakan sewaktu didalam pantang lepas bersalin cesarean, tetapi untuk tempoh yang lama selepas itu.



ADA 2 JENIS BENGKUNG MODEN

 

Bengkung Moden A
~ 4 Panel ~

~ Labuh 12 inci (30cm) ~


Bengkung Moden B
~ 3 Panel ~

~ Labuh 9 inci (23cm) - lebih SINGKAT ~

 
Sesuai dipakai selepas bersalin dan dalam tempoh berpantang



Sesuai dijadikan korset dan boleh dipakai seperti
cara 2 jika ingin memakai bengkung moden ini setelah kembali bekerja

Lebih labuh dan membantu mengecilkan pinggul

 

** Sekiranya anda bercadang untuk hamil dalam tempoh terdekat ini, Set A ini lebih sesuai untuk anda.

 

 
Sesuai untuk yang telah habis tempoh pantang selepas bersalin dan kembali bekerja.

Tidak perlu dilipat seperti cara memakai 2



Sesuai dijadikan corset untuk mengempiskan perut


Sesuai juga dipakai selepas bersalin bagi mereka yang bertubuh rendah


Lebih Murah


 **  Ramai yang menghubungi saya dan memberitahu mereka baru menemui laman web ini dan merasa agak terkilan kerana tidak dapat memakai bengkung moden ini sewaktu didalam pantang bersalin. Oleh itu saya mencadangkan agar mereka mencuba Set B ini.



 

Saiz Bengkung Moden yang mana sesuai dengan anda? 

Saiz Untuk Ukuran Pinggang
S 30-45 inci / 76-114cm
M 46-62 inci / 117-157cm
L 60-75 inci / 152-191cm
XL 82-94 inci / 208-239cm

Cara menentukan saiz yang sesuai dengan anda


1. Bagi yang belum bersalin
 

Ukur keliling pinggang anda dan pilih mengikut saiz ukuran keliling perut & pinggang. 

Kenapa saya cadangkan begini? Kerana biasanya bagi mereka yang bersalin secara pembedahan (cesarean), saiz perut tidak akan banyak berubah pada seminggu pertama selepas bersalin. Sekiranya anda memilih saiz yang lebih kecil dari ukuran pinggang anda, dikhuatiri bengkung tidak akan muat untuk dipakai. Lagipun anda tidak perlu khuatir sekiranya memilih yang agak panjang sedikit kerana 'velcro strap' boleh melekat dimana-mana bahagian luar bengkung.


2. Bagi yang sudah bersalin

Ukur pinggang anda dan pilih mengikut saiz terdekat dengan ukuran pinggang

 




Inginkan perut anda kempis dengan lebih cepat?


Apa kata anda
cuba Gel Sireh Slim



GEL SIREH SLIM
(dari Sireh Emas)

Terdapat banyak Gel pelangsing dipasaran pada hari ini. Namun saya mengesyorkan anda mencuba Gel Sireh Slim kerana KELEBIHAN berikut yang tidak ada pada gel pelangsing yang lain 
 

Dibuat dari bahan-bahan berasakan herba iaitu ekstrak daun sireh. Flavournoid dan Polyphenol yang terdapat dalam daun sireh membantu menegangkan kulit yang telah kendur selepas bersalin, mengelakkan kedutan kulit dan membantu melancarkan pengedaran darah.
 
Tidak mengandungi kafein. Oleh itu ia selamat digunakan oleh ibu yang meyusukan anak.

Tidak berbau. Kebanyakan gel pengempis perut dipasaran berbau seperti minyak angin dan berbau herba. Oleh itu ia boleh dipakai sewaktu hari bekerja.


Tidak berminyak dan tidak melekit kerana ia berasaskan air dan mudah meresap kedalam kulit untuk memberikan hasil tindak balas yang optimum.
Membantu tubuh membakar lemak & selulit

Mengecutkan tisu kulit untuk membentuk tubuh kembali langsing

Menyingkirkan lemak melalui tindakbalas metabolic lipid secara perkumuhan                                                  

Memberi keselesaan kepada penggunanya kerana ia tidak berminyak


Kesan tindakbalas
  • Pemakaian yang sempurna akan memberi kesan hangat lebih dari 12 jam.

Cara penggunaan

  • Usapkan secara arah lawan jam pada tempat yang berlemak.
  • Untuk kesan yang lebih baik guna bersama bengkung moden dan senaman.
  • Sapukan gel Sireh Slim ini diperut dan pinggul anda setiap kali sebelum memakai Bengkung Moden.
  • PERHATIAN!!! Untuk mengelakkan anda dari menyapu gel sehingga overdose dan menyebabkan rasa pijar dan panas, sebaik-baiknya sapu sedikit dahulu dibahagian pinggang dan perut. Tunggu sekejap dan ika tidak terasa panas barulah ditambah gel lagi sehingga anda rasa panas. Rasa panas sangat bergantung kepada sama ada kulit anda jenis yang tebal atau tidak

Lihat apa kata mereka yang telah menggunakan
Gel Sireh Slim ini 





Noraziah (Putrajaya)

Saya dah terima bengkung saya semalam. Malamnya saya pakai jel tu jer.. a'ah lah panasnya lama gak la..Pagi ni saya pakai bengkung dan jel sekali. Tapi saya pakai jel dulu... biarkan kering(meresap ke kulit la kiranya dulu) ... pastu baru saya pakai bengkung. Saya tak la letak tisu seperti yang disarankan akak tu... Pasal saya pikir payah sket la sebab saya ni bergerak aktif dan kadang-kadang memerlukan saya berlari..Memang betul panasnya tahan lama... Rasa macam pakai jel felisa gak... Aper pun saya tetap berpuas hati memakainya walaupun baru satu hari memakainya. Selama ni dah dua orang anak takder pun pakai bengkung.. dua-dua pun cesarean... Terima kasih...

*******************************************


Ehem...

Kak, saya nak cerita pengalaman saya hari sabtu tadi pula.  Sabtu tadi badan saya rasa seram-seram sejuk macam nak demam. Sebelum tu petang semalamnya lepas mandi ada pakai jel tu.  Tapikan... ni nak bagitau ni kat sesemua orang yang betapa kuatnya jel ni panasnya... Tak macam losyen yang ada di pasaran baru-baru ini.
hehehehe.... Nak tau apa jadi??? 
Memandangkan badan tu dah rasa seram sejuk saya pun berselimut la... Tidur terus..  Bila dah berselimut tu tau-tau sajalah mesti la berpeluh. Tak pakai kipas ye...  Nak tau aper jadik??  Haaa... jel yang saya petang semalam tu kat perut panas balik you.... fulamak pada masa tu...  Tak sangka kuatnya panas dia bertahan..
Lagi satu kalau kita bersenam dan berpeluh... hasilnya lagi berkesan...  Kalau dok dalam air-cond takder ler kesannya sangat...



Komen Kak Faz

Betul tu Aziah.. kalau nak kesan yang ketara seelok-elok nya pakai gel dan aktifkan badan sebab gel ni akan "bekerja" bila badan kita aktif.


Kalau dalam office berhawa dingin tu lambat lah sebab kita tak bergerak sangat. Ditambah pula dengan suhu sejuk aircond, jadi tak berapa ketara kesannya. Bagi sesiapa yang bekerja dibilik berhawa dingin tu, cuba perhatikan, masa petang balik dari kerja tu mesti perut rasa panas balik sebab masa tu kita bergerak dan berada di persekitaran yang tidak berhawa dingin
.




Harga : RM35.00
RM33.00  + RM6.00 (Pos Laju) = RM39.00

(Anda JIMAT  RM2.00!!!)

 

Bengkung Moden

PAKEJ MINI A

~ Bengkung 4 Panel ~

 

Bengkung Moden

PAKEJ MINI B

~ Bengkung 3 Panel ~

Saiz Harga
S RM199
M RM219
L RM229
XL RM259
* Harga belum termasuk kos pos laju bernilai RM6.00
Saiz Harga
S RM179
M RM199
L RM219
XL Tiada
* Harga belum termasuk kos pos laju bernilai RM6.00


 

Bengkung Moden

PAKEJ New Year SPECIAL A

Bengkung Moden 4 Panel
+ Gel Sireh Slim

 

 

Bengkung Moden

PAKEJ New Year SPECIAL B

Bengkung Moden 3 Panel + Gel Sireh Slim

bengkung-n-gel

 

Saiz Harga Bengkung Harga Gel Total
S RM199 RM33 RM232
M RM219 RM33 RM252
L RM229 RM33 RM262
XL RM259 RM33 RM292
* Harga belum termasuk kos pos laju bernilai RM6.00
Saiz Harga
Bengkung
Harga
Gel
Total
S RM179 RM33 RM212
M RM199 RM33 RM232
L RM219 RM33 RM252
XL Tiada Tiada Tiada
* Harga belum termasuk kos pos laju bernilai RM6.00




Promosi Istimewa!!!


Dari 1 January 2009 hingga 10 January 2009

Terhad kepada 15 13 pembeli sahaja!

Untuk setiap pembelian dari

Pakej Mini atau Pakej New Year Special!


BONUS # 1 (Bernilai RM24.90)

PERCUMA! Ebook PANDUAN SELEPAS BERSALIN CESAREAN

Ebook setebal 58 mukasurat ini menyediakan panduan asas kepada bakal ibu yang akan bersalin pembedahan (cesarean). Antara kandungan menarik ebook ini :

  • Apa itu bersalin pembedahan (cesarean), sebab mengapa perlu bersalin secara pembedahan (cesarean) dan risiko yang perlu anda tahu
  • Perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih bersalin secara pembedahan (cesarean)
  • Persediaan sebelum bersalin pembedahan (cesarean) - mental & fizikal
  • Panduan sewaktu dibilik bedah
  • Panduan selepas bersalin pembedahan (cesarean)
  • Panduan memakai Bengkung Moden selepas bersalin cesarean
  • Pemakanan ibu didalam pantang selepas bersalin pembedahan (cesarean).
  • Anda menghadapi masalah ibu, mertua atau ahli keluarga yang sangat kuat amalan berpantang terutama dari segi pemakanan bagi ibu selepas bersalin? Ebook ini memberikan tips bagaimana untuk menyelesaikannya
  • Panduan menjaga luka pembedahan
  • Panduan bagaimana untuk mengetahui sama ada anda memerlukan rawatan lanjut di hospital jika sekiranya berlaku masalah selepas keluar dari hospital dan kembali kerumah
  • Salah tanggapan tentang penjagaan selepas bersalin pembedahan (cesarean) - ebook ini mengupas beberapa isu dan salah tanggapan tentang amalan memakai bengkung, bertungku, rawatan mengurut selepas bersalin dan pengambilan ubat bersalin yang diabaikan atau tidak dipraktikkan oleh sebahagian dari mereka yang bersalin pembedahan (cesarean).
  • Bonus - mengenali tanda-tanda post partum depression (meroyan)

 

BONUS # 2 (Kupon diskaun sebanyak 5%)

diskaun untuk bra menyusu

 

PERCUMA! E-Kupon Diskaun untuk pembelian Nursing Bra dari MamaModern.com

(Kupon diskaun ini melayakkan anda menikmati potongan sebanyak 5% bagi pembelian 2 helai nursing bra di mamamodern.com - tertakluk kepada terma & syarat)


BONUS # 3 (Bernilai RM6)

PERCUMA! 1 Paket Sup Haruan Segera

sup haruan segera

Sup Haruan segera ini dihasilkan melalui kajian dan kaedah teknologi terkini. Ia berbentuk serbuk seperti sup cendawan (mushroom sup) yang biasa anda nikmati di pizza hut dan sup cendawan keluaran maggi. Sup haruan ini merupakan alternative terbaik bagi mereka yang sukar menelan sup haruan segar yang berbau hanyir

 

Kelebihan Sup Haruan Segera

  • Mudah disediakan
  • Tidak berbau
  • Disediakan menggunakan teknologi terkini dan berdasarkan kajian oleh USM
  • Boleh diminum begitu saja atau dicicah dengan roti
  • Tidak mengandungi MSG


Kegunaan Sup Haruan

  • Mempercepatkan sembuh luka dalaman selepas pembedahan, selepas bersalin dan untuk kecantikan kulit.
  • Sup haruan juga diketahui mengandungi kolagen yang tinggi dan membantu mengekalkan keremajaan kulit
  • Jangan bimban